Monday, July 6, 2009

Manik Urai Tanpa Ust Nasa

Di dalam lautan manusia yang menghijaukan bumi Manik Urai, dengan kibaran bendera bulan penuh purnama dan laungan takbir Allahuakbar!!! Allahuakbar!!! Allahuakbar!!!, Abang Uji diiringi gagah oleh pimpinan PAS yang diketuai oleh Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Ab Aziz Nik Mat dan Presiden PAS Tuan Guru Haji Hadi Awang serta pimpinan kanan Pakatan Rakyat. Puluhan ribu rakyat telah bersama sama memberi signal kepada UMNO/BN bahawa maut kian menghampiri mereka.

Namun,....... di mana Ust Nasa??? Yang telah diberi kepercayaan oleh para perwakilan untuk terus memikul amanah jawatan ke 2 tertinggi dalam parti??? Masih mengharap dijemput secara rasmi atau masih terasa????? Jangan begitu...... ramai lagi yang kalah dalam pemilihan parti baru baru ini samada di peringkat kawasan mau pun pusat (termasuk ambo) turut sama turun ke Manik Urai untuk bersama penyokong memberi sokongan moral kepada parti yang kita dokong.

Ust Nasa di pihak menang... berjiwa besarlah!!!!

Sunday, July 5, 2009

Anak bulan di Sg Sok

Malam ini, bertempat di Sungai Sok, Manik Urai para anak anak bulan akan berhimpun dalam Majlis Ceramah Himpunan Anak Bulan Pakatan Rakyat sebagai menandakan malam nampaknya anak bulan PAS untuk majlis penamaan calon pagi esok.

Pendekar Anak bulan penuh ialah Ust Nasaruddin Hassan Tantawi KP Pusat dan Ust Latif KP Kelantan. Pendekar Anak bulan separuh ialah Sdr Shamsul Iskandar Mohd Akim. Anak anak bulan penuh dan anak anak bulan separuh kena tunjuk kekuatan yang menggerunkan pihak lawan malam ini. Walau hujan, walau angin...... jangan cuba nak lari. Tunjukkan semangat arwah Pak Su Weil yang bersemangat dan berani mengalir dalam diri anak anak bulan. Esok, pagi pagi dah nak iring Abang Uji ke pusat penamaan calon.

Tetamu jemputan anak anak bulan malam ini ialah Dato Husam Musa. Bukan Dato Anuar Musa atau pun puak puak Dato Musa Hasan. Puak puak Dato Musa Hasan dah balik awal. Semalam mereka dah gatal gatal kena puru buta, kerana mereka hadir dalam majlis ceramah katak puru.

Hadir beramai ramai....




Saturday, July 4, 2009

Semalam Di Manik Urai: Mencari Katak Puru Yang Terlepas

Semalam, ambo menyusul lagi ke Manik Urai. Bukan nak menunjuk muka di Markas Besar PAS. Bukan jugak nak pasang telinga mendengar ceramah ceramah kelompok PAS atau mengintai intai Pemuda UMNO berdikir atau Puteri UMNO berkaraoke.

Niat hanya satu, mencari katak puru yang terlepas.

Gu tanya, "Nak cari wat gapo???"

"Mu tak tau. Atas belake dio ada puru buta", ambo pintas soalannya.

"Guano mu marah bena???"

"Katak puru ni nggor. Dia kekah betih kito!!!"

"Dah mu tau dia tu katak puru, bak po mu ambik pegha nyo???", kata Gu sambil menyambung nyawa menyedut Dji Sam Soe.

"Ni, aku tak gheti nak pikir. Puru buta dia tebal. Puok kita pon boleh kena puru dia. Kena selipat dua, mula jalan nyenggeng......", aku berkias.

"Sapo dia??????????" , soal Gu. Nampak sangat dia terkejut beruk.

"Mu kena cari MSO. Kalu bab ni, dia tau."

"Tapi mu beringat sikit jupo dia. Husam pon dia berani bedal!!!. Tak kena lagu, mu pon dia bidas!!!, sambung aku sambil mata melilau ke arah orang ramai berhampiran pam minyak.

"Hah!!!, Tu dia!!! " Gu menuding jari ke arah pam minyak Caltex. "Dok tengah melompat tu", kata Gu lagi.

Ambo terfikir apa yang patut ambo buat. Semasa di Kuala Terengganu ambo bertekak dengan dia dalam kedai kopi. Kali ni tak mungkin ambo bertekak lagi. Nak masuk rapat, ramai pulak katak katak pisang di sekelilingnya.

"Hey, mu pun ada jugok???" sergah seseorang dalam kegelapan.

Ambo menoleh dan memang kenal dia.

" Guano gini mo lalu ni. Pakai cukup. (Calon P Mas). Makan Cukup.(Projek Bandar Baru P Mas)."

Terdengar katak puru menyeru pengundi Manik Urai mengundi calon UMNO.

" Jadi gilo babi gini lalu ni bak po???", rengus aku.

"Demo relaks deh. Kawe paham demo marah".

"Tapi ni lah jalan yang dia ada untuk yakinkan Dato Najib. " Dia menarik aku ke tepi.

Habis kira. Habis cerita. Katak Puru terlepas takkan kembali lagi.........Ambo jugak tak ingin dia kembali lagi.....Katak Puru tetap katak puru....

BN Perak Juga Tak Sedap Duduk

Pengarah JPP Pusat, Dato' Halim Ab Rahman kata PRK Perak selepas Manik Urai. Ds Nizar pula yakin PRK Perak dalam masa terdekat.(Dah berapa kali terdekat daa...) Asasnya apa???

Mungkin asasnya kisah ini kot........


Artikel panjang lebar di bawah adalah apa yang berlaku di Perak sejak berakhirnya PRU12 oleh sumber Abang Mat Saman Kati. Logik untuk difikirkan, namun kepastian terpulang pada diri sendiri.

Menarik untuk dibaca sampai habis. Silakan, membaca itu amalan mulia ;


Mengapa Jamal dan Osman melompat keluar dari PKR dan menjadi ADUN Bebas? Tidak seperti Hee yang melompat keluar DAP kerana tak dapat Camry, Jamal dan Osman memberikan pelbagai alasan. Diantaranya kerana memperjuangkan Bangsa Melayu…Nizar Boneka DAP…blah..blah..blah.

Semua itu adalah alasan-alasan untuk menutup kisah sebenar.

Jamal dan Osman keluar PKR kerana balak, duit dan kes rasuah mereka. Itu saja. Jamal marah kepada Nizar kerana enggan meluluskan beberapa konsesi balak yang mereka pohon…manakala Umno menjanjikan kes mereka akan diselesaikan.

Sekitar Jun atau July, kerajaan negeri PR meluluskan beberapa konsesi balak. Jamal dan Osman telah menggunakan nama PKR untuk memohon beberapa lot melalui Misbah. Misbah percaya kepada Jamal dan Osman bahawa permohonan itu adalah untuk PKR Perak…tanpa merujuk kepada PKR Negeri. Apabila diluluskan…semua konsesi yang di”berikan” kepada PKR Perak telah disapu oleh Jamal dan Osman. Malah ada beberapa lot konsesi tersebut diberikan kepada pemimpin Umno. Diantaranya Raja Ahmad Zainudin. Ini adalah kesilapan Nizar yang pertama…terlalu percaya kepada orang disekelilingnya.

Ramai orang-orang PKR tahu siapa pemimpin Pas yang mendapat konsesi balak…dari pemimpin utama hingga kepada Pemuda Pas…tetapi apabila orang-orang PKR merasa terpinggir dan melihat bahawa balak telah disapu oleh orang-orang Pas…baru rahsia ini terbongkar.

Tetapi ketika membincangkan untuk meluluskan konsesi berikutnya sekitar Oktober 2008, Nizar sudah berpengalaman. Hasilnya, beberapa permohonan Jamal dan Osman di’tangguhkan’. Inilah yang menyebabkan Jamal menjadi marah…malah Jamal dan Osman pernah berjumpa sendiri Timbalan Pengarah Perhutanan untuk meminta permohonan mereka diluluskan…walau dengan apa cara sekalipun.

Kalau Jamal dan Osman benar-benar mahu membela bangsa Melayu, semasa mereka menjadi EXCO, banyak perkara yang boleh dilakukan oleh mereka…tetapi mereka sibuk menambah bini daripada membantu orang-orang Melayu yang susah dikampung.

Selain daripada Nizar…Jamal dan Osman marah kepada Ketua PKR Perak pada masa tersebut..Tuan Hj. Ismail. Hj. Ismail marah kerana nama beliau telah digunakan dalam permohonan balak tersebut…sedangkan PKR Perak tidak mendapat satu sen pun.

Lantaran itu, Jamal dan Osman berusaha menyingkir Hj. Ismail dari Ketua PKR Perak dan meminta Anwar membawa balik Hj. Osman ke Perak. Jamal dan Hj. Osman memang akrab dari dulu..kini dan mungkin selamanya. Malah Jamal pernah menyebut, sekiranya Hj. Osman bertanding di kawasan beliau di Behrang…beliau sedia memberi laluan.

Anwar tunduk kepada kemahuan Jamal dan menggantikan Hj. Ismail dengan Hj. Osman. Tetapi seperti biasa…Anwar sering diperangkap oleh orang-orang yang dipercayaainya. Dan didalam kes Perak..Anwar tertipu oleh permainan Jamal dan Hj. Osman.

Hj. Osman gagal membawa PKR Perak menjadi lebih baik…malah beliau sepatutnya bertanggungjawab diatas keruntuhan Pakatan Rakyat Perak. Beliau jarang berada di Perak…hanya muncul kalau Anwar datang kePerak. dan beliau gagal mengawal tingkah laku Jamal dan Osman.

Ketegasan Nizar telah menyebabkan Jamal dan Osman menyimpan dendam. Dan apabila Hamdan Taha datang berjumpa beliau untuk menawarkan pakej Umno untuk berpaling tadah…Jamal dan Osman terliur.

Umno menjanjikan kepada Jamal dan Osman satu pakej istimewa. Kes mereka akan ditarik balik, jawatan EXCO yang mereka pegang semasa didalam Pakatan Rakyat akan dikekalkan dan bonus sebanyak tiga juta ringgit seorang.

Bukan setakat Jamal dan Osman sahaja yang ditawarkan…malah Kesavan dan Yunus Jamhari juga mendapat tawaran pakej istimewa Umno ini…tetapi Kesavan dan Yunus lulus ujian moral ini dengan menolak tawaran tersebut.

Jamal dan Osman menerima tawaran untuk menyertai Umno…dan runtuhlah Pakatan Rakyat Perak.

Tetapi Jamal dan Osman tidak mengetahui bahawa Hee juga akan menyertai pembelotan tersebut kerana Hee diuruskan oleh Vincent Tan. Apabila mengetahui bahawa Hee mendapat 20 juta ringgit yang dibayar melalui Berjaya Corporation, Jamal meletakkan syarat. Bahawa dia akan kekal sebagai calon bebas…sehinggalah semua pakej tawaran dipenuhi.

Selepas melompat…Jamal dan Osman tinggal di sebuah apartmen mewah, Duta Vista, bilik no 343 dan 344. Dan semua perbelanjaan mereka ditanggung oleh Umno yang diuruskan oleh Hamidah Osman. (Dr. Khairudin membuat akuan bersumpah tentang hal ini. Kalau nak saman…saman Dr. Khairudin. Akuan bersumpah Dr. Khairudin boleh dilihat disini.)

Umno merasakan bahawa rampasan kuasa yang dilakukan itu akan dapat diselesaikan dengan cepat dan tidak menjangka tentangan yang akan dibuat oleh Nizar dan Pakatan Rakyat Perak. Akibatnya mereka terpaksa mengatur strategi.

Dengan menunaikan semua janji yang dibuat kepada Jamal dan Osman, akan menyebabkan Umno akan teruk dihina oleh rakyat Perak. Lantas mereka mempermainkan Jamal dan Osman untuk mengembalikan imej Umno di Perak.

Jamal dan Osman merupakan liabiliti kepada Umno. Kalau Jamal dan Osman boleh meruntuhkan Pakatan Rakyat…mereka juga boleh meruntuhkan Umno. Lantas Umno cuba mengekalkan Jamal dan Osman…dengan melambat-lambatkan proses menunai janji yang mereka buat.

Bayaran kepada Jamal dan Osman dibuat secara beransur…RM100,000.00 sebulan. Kes mereka pula tidak diselesaikan dengan menarik balik tuduhan yang dibuat…tetapi cuba melengahkan perbicaraan. Dengan harapan…kes tersebut akan berpanjangan sehinggalah DUN Perak dibubarkan. Dan apabila Pilihanraya DUN diadakan, Jamal dan Osman tidak akan dicalonkan oleh Umno…dan Umno akan cuci tangan. Kalau PKR mencalonkan mereka…bermakna PKR menempah maut. Maka…Jamal dan Osman akan hanyut dengan sendiri.

Jamal dan Osman sudah tersepit. Umno dilihat memungkiri janji-janji mereka. Jamal dan Osman dijanjikan akan dilantik sebagai EXCO lebih awal, tetapi Umno menggunakan PRK Bukit Gantang sebagai alasan untuk menangguhkan perlantikan Jamal dan Osman. Dan Umno kecewa kerana Jamal enggan turun keBukit Gantang untuk berkempen bagi pihak mereka …manakala Osman gagal menarik penyokong-penyokong PKR untuk berubah kepada Umno. Tidak sampai 30 ahli-ahli PKR Bukit Gantang yang mengikut Osman. Kebanyakannya adalah sanak saudaranya sahaja.

Umno tidak melantik Jamal dan Osman sebagai eXCO seperti yang dijanjikan iaitu selepas PRK Bukit Gantang…sebaliknya menangguhkan sehinggalah selesai Hari Keputeraan Sultan Perak.

Tetapi sekali lagi Umno memungkiri janji terhadap Jamal dan Osman dengan alasan DUN Perak masih belum dikuasai oleh BN. Dan apabila rampasankuasa DUN berjaya dibuat oleh Umno..masih ada lagi halangan mereka..iaitu tentang siapakah Speaker yang sah. Lantas..perlantikan EXCO ditangguhkan lagi kepada 1 Julai 2009.

Sementara itu, kes rasuah mereka terus didengarkan dimahkamah dan tiada tanda bahawa Umno akan menarik balik tuduhan yang dibuat terhadap Jamal dan Osman. Osman mula ketar lutut. Dan dalam perbicaraan awal, Osman sudah mula meletakkan kesalahan kepada Jamal. Osman mengatakan bahawa dia hanya menurut arahan Jamal.

Osman sudah mula menghampiri pemimpin-pemimpin PKR dan menyatakan kekesalannya. Malah diberitakan bahawa Osman telah berjumpa Nizar dan meminta maaf terhadap apa yang berlaku.

Semua orang tahu…Osman hanyalah budak suruhan Jamal. Osman bukanlah seorang yang boleh membuat kerja-kerja EXCO…malah pernah menubuhkan sebuah syarikat dengan menggunakan namanya sendiri untuk mendapatkan projek-projek dibahawa EXCO Pelancungan Perak. Apabila diberitahu bahawa sebagai penjawat awam…dia tidak boleh memegang jawatan dalam syarikat, maka dia menggunakan nama seorang perempuan..yang kemudiannya menjadi isteri keduanya. Samaada ‘perkahwinan’ mereka sudah disahkan oleh JAIP…wallahualam.

Kini…Osman sudah mempunyai (isteri ketiga). (perkataan didalam kurungan kerana tidak dapaat disahkan sama ada benar itu isteri beliau. Tetapi semasa berjumpa dengan dua pemimpin PKR Bukit Gantang pada 29/6 lalu di Taiping, beliau bersama ibunya dan seorang perempuan yang diperkenalkan sebagai isteri’nya). Kehadiran ibu dan isteri ketiganya adalah sebagai ‘camourflage’ kerana dia sentiasa diawasi.

Dalam pertemuan tersebut…beliau menyatakan kekesalan terhadap apa yang berlaku. Dan seperti biasa, dia menyalahkan Jamal kerana memperdayanya. Beliau juga menyatakan sesal kerana beliau tidak lagi boleh kembali kekampung seperti biasa…tidak mendapat habuan yang dijanjikan oleh Umno…sedangkan beliau sekarang terpaksa menanggung tiga bini.

Umno Perak menyedari hal ini lantas mengadakan satu mesyuarat tergempar keesokan harinya (30/6) di Ipoh. Dan hari tersebut, mereka gempar kerana Jamal dan Osman tidak dapat dihubungi. Malah panggilan kepada Osman telah dijawab oleh mesin..”nombor yang anda hubungi belum diberi perkhidmatan!”

Dalam kekalutan itu…mereka cuba membuat apa yang dibuat oleh Nizar dulu..iaitu dengan cuba membubarkan DUN Perak.

Osman ‘hilang’. Jamal masih berada di Tanjung Malim pada hari Selasa 30/6 tetapi tidak mahu menjawab panggilan dari Umno. Beliau berbincang dengan orang perantaraan PKR tentang bagaimana untuk membalas dendam terhadap Najib yang gagal menunaikan janji. Malah Najib cuba mencuci tangan dengan menyerahkan semuanya kepada Zamry.

Apa yang dilakukan oleh Jamal terhadap Umno sekarang…sama dengan apa yang dilakukan olehnya terhadap Anwar dan PKR semasa tawar menawar dengan Najib dulu. Kalau Jamal boleh menjatuhkan PKR dan Pakatan rakyat Perak…Jamal juga boleh meruntuhkan Umno di Perak.

Apakah tingkah laku Jamal ini kerana mahu membela bangsa Melayu yang ditindas oleh DAP ataupun Nizar Boneka? Apakah yang telah dilakukan oleh jamal sejak menjadi boneka Umno? Sudah berapa ramai orang-orang Melayu yang dibantunya selama beliau menjadi boneka Umno?

Yang nampak…beliau hanya menambah B1N1. Dari dua selepas PRU 12, sekarang sudah empat.

Begitulah berkuasanya katak di Perak.

1.2 juta pengundi Perak ditipu oleh Jamal. Anwar yang dikatakan bijak..juga ditipu oleh Jamal. Malah Sultan Perak dan Raja Muda yang dikenali sebagai Sultan yang paling bijak…juga ditipu oleh Jamal.

Jamal menurunkan tandatangan dihadapan Sultan menyatakan sokongan terhadap Pakatan Rakyat dan Nizar sebagai Menteri Besar. Jamal juga menurunkan tandatangan dihadapan Sultan sebagai tanda menyokong Umno Barisan Nasional. Apakah Jamal akan menurunkan tandatangan sekali lagi…kali ini untuk meletakkan jawatan sebagai ADUN Behrang?

Semalam…pemimpin PKR Perak bermesyuarat. Najib sudah tidak berani keluar negeri. Rakyat Perak resah gelisah. Semuanya kerana kuasa politik Perak terletak ditangan seorang penipu… seorang yang tidak berprinsip.

I feel sorry for Perakians.



Wacana : Berzina????

Ekoran dari tulisan ambo semalam, pagi ni ada satu artikel berkaitan yang menarik perhatian ambo. Baca.....jangan pulak tak baca!!!

Kepada

Yang Mulia Syeikh Nasrudin Tantawi,

Ketua Pemuda PAS,

Ibu Pejabat PAS,

Jalan Raja Laut,

Kuala Lumpur

Assalamualaikum Tuan Syeikh Tantawi,

Saya minta maaf kerana menulis surat terbuka kepada Tuan Syeikh dengan menggunakan bahasa melayu harian yang biasa saya gunakan. Saya tak tau berbahasa arab yang membahasakan diri ‘ana’ dan ‘ente’. Nak gunakan bahasa orang putih pula saya meluat berbahasa itu dengan orang yang sebangsa dengan saya, lagipun apa yang saya dimaklumkan Tuan Syeikh pun nak sebut ‘intellectual discussion’ pun berbelit lidah.

Apa yang ingin saya sampaikan dalam surat ini adalah berkenaan dengan ‘intellectual discussion’ atau ‘wacana intelek’ antara pihak Tuan Syeikh dengan Pemuda Umno. Saya yang hanya menghafal surah al-Fatihah dan surah-surah lazim jauh sekali dari berstatus ustaz, amat tidak setuju dengan hal ini. Bagi saya biarpun dalam apa bentuk dan cara serta nama, ianya akan menjurus kepada Kerajaan Perpaduan yang Syeikh Besar anjurkan.

Saya tidak bersetuju kerana Umno itu adalah parti orang melayu bodoh dan jahat yang tiada hala tuju sebenar serta tiada pegangan dan prinsip. Parti itu adalah parti toghut yang salah guna kuasa, pendendam hebat, menganiaya penyokong sendiri dan lawan, rasuah besar, membiarkan orang melayu miskin dan perampas kuasa apabila hilang kuasa di samping menipu dalam berbagai bentuk dan cara. Saya tidak pandai berhujah dan amat sukar berhujah dengan golongan Tuan Syeikh yang pandai dan serba tahu, lebih-lebih lagi hukum hakam. Jadi saya hanya boleh berpesan.

Cuba Tuan Syeikh renungkan kias saya ini. UMNO ini boleh diibaratkan sebagai seorang perempuan muda . Perempuan ini tentunya cantik dipandang, gebu, seksi dan menawan siapa saja yang melihat hatta orang yang bergelar ustaz dan syeikh. Gaya dan lenggok langkahnya memang melelehkan air liur bila terpandang. Kalau dalam bilik gelap atas ranjang jangan ceritalah kehebatannya. Tapi buruknya dia berkerja menjadi pelacur mewah. Biarpun dia mengatakan dia kerja apapun, dia tetap perempuan jalang.

Cuba Tuan Syeikh fikir apa hukumnya memandang perempuan jalang ini dengan pandangan panah asmara dan bersalam menyentuh kulit gebunya dengan berahi. Yang saya tahu Tuan Guru Nik Aziz yang saya amat hormati menyebut “haram hukumnya” seperti menyentuh api neraka. Tapi Tuan Syeikh dilihat amat galak sehari dua ini untuk bukan saja melihat dan bersalam tapi Tuan Syeikh hendak berkawan dengannya. Konon dengan berkawan, boleh berdakwah kepadanya. Hiii….. seram saya dengar ……. Ini mengundang fitnah besar Syeikh… Menghampiri zina…… Kan ada ayat Quran mengatakan “…..janganlah kamu menghampiri zina….”

Jangan…jangan…. Kalau dah berjumpa perempuan jalang ini, entah apa godaannya saya takut Tuan Syeikh akan terzina dengannya . Habis Syeikh…. Dulu orang yang lebih besar Syeikhnya dari Tuan Syeikh dah terkena, walaupun tak ditangkap basah semasa di dalam bilik gelap dengan perempuan jalang ini, tapi perempuan jalang ini amat megah bercerita kepada ramai orang yang dia boleh menggoda dan mengadakan hubungan dengan syeikh-syeikh besar dan telah tawar menawar harga untuk berzina. Mohon dijauhkan Allah dari semua fitnah itu……

Lebih baik syeikh bersama mengukuhkan hubungan dengan Pemuda PKR dan DAP. Buatlah intellectual discussion dengan mereka, ketatkan lagi ikatan dengan mereka. Walaupun perempuan jalang ini dan kawan-kawannya mengatakan PKR itu anjing dan DAP itu babi (Cis!!! perempuan jalang memang mulut jahat!!!). Tapi tak apa, tidak haram memandang dan menyentuh anjing dan babi. Tiada nas Al Quran yang Tuan Syeikh hafal dan faham menyatakan hukum memandang dan menyentuh dua makhluk Allah ini. Kalau tersentuhpun boleh disamak sahaja dan tidak berdosa. Samak tidak susah hanya perlu air tanah dan air bersih. Cuma orang Melayu saja yang berasa menyamak itu susah dan berat seperti mengandar dua ekor babi hutan. Walaupun perempuan jalang ini suka togok arak berjenama mahal dan mengangkang pada jantan-jantan sial tak kira bangsa, tapi perempuan jalang ini takutkan anjing dan jauhi babi kerana babi haram dan jijik.

Justeru, saya ingatkan kepada Tuan Syeikh, janganlah Tuan Syeikh berangan untuk bertemu dan bercanda dengan perempuan jalang ini walau apapun niat Tuan Syeikh. Lebih banyak mudarat dari manafaat. Nanti bau minyak wangi perempuan jalang ini melekat pada serban dan kot malah necktie Tuan Syeikh yang Tuan Syeikh tempah khas untuk bercandle light dinner dengannya. Kalau ditangkap basah masa bersama dengan perempuan jalang ini, bukan saja Tuan Syeikh tak dihormati lagi. Malah Syeikh Besar pun akan buruk namanya kerana dia telah merestui cadangan Tuan Syeikh untuk bertemu dengan perempuan jalang ini. Takkan tuan syeikh nak nikah dengan perempuan jalang ini biarpun dia cantik dan menawan. Malulah orang bercerita Tuan Syeikh kena tangkap basah dan kawin dengan perempuan jalang yang terkenal satu dunia dengan kejalangannya.

Akhir kata kepada Tuan Syeikh, jauhilah zina. Sampaikan salam saya kepada Syeikh Besar dan Syeikh Kedua Besar dan pesan saya pada mereka berdua supaya mengasah lidah dan sekiranya lidah mereka ada cabang, silalah memotongnya.

Sekian, Wassalam

Yang benar,

Lee Copper


Friday, July 3, 2009

Wacana VS Debat.

Selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO semalam, TGNA berkata beliau tetap akan menghantar surat kepada Najib untuk tujuan berdebat, walaupun Najib telah menolak mentah mentah. Walau Najib lari tak cukup tanah dari berdebat, TGNA yakin larinya takkan kemana. Nak lari ke Mongolia, tak mungkin kerana di sana hantu Altantuya sudah lama menunggu untuk membalas dendamnya. Atas alasan tersebut, TGNA bertegas tetap akan kirim surat kat Najib. TGNA yakin pasti sampai ke tangannya.

Tetiba ada satu puak pula nak anjur Wacana. Potong stim ambo pulak!!!!!!. Di tengah keseronokan ambo melihat ketakutan Najib yang terpaksa memberi pelbagai alasan dengan digasak rapat oleh TGNA, macam mana pulak ada pulak satu puak melempar tali kepada Najib yang hampir kelemasan??? Walau dikatakan antara budak muda dengan budak muda, tapi imejnya adalah parti. Jangan diungkit soal niat baik la...niat buah siku kilas la.... Biar satu satu. Jangan laju sangat. Kalau dah Debat, Debat lah dulu. Ni, hulur Wacana pulak dah. Hilang selera ambo...

Nampak sangat kita tak sekata. Dulu pertembungan ulamak dengan profesional. Lo ni budak dengan ore tuo pulak dah....UMNO/BN tersenyum lagi. Senyum sumbing tau....

Thursday, July 2, 2009

TV 3 Suku Memalu Gendang

Apabila Pakatan berlaga lutut, TV 3 Suku pun memalu gendang. Gendang dipalu tak semestinya merdu, janji ia berbunyi ..... kelepap...kelepap......kelepuk.... pun jadilah. Janji ia dapat meluku pun jadilah. Ni lah perangai TV 3 Suku yang tak pernah berubah ubah.

Kes Thomas Su dengan isu babinya dipulun sepulunnya. 'Pulun Kedah Pulun', jangan tak pulun. Kes Kg Buah Pala diapi apikan sehingga panas menggelegak tahi telinga . Lantaklah. Kau punya kuasa, buatlah apa yang kau nak buat.

Pakatan dah kenal gendang TV3 Suku. Rakyat dah muak dengan TV 3 Suku. Mereka bergendang, cuma UMNO/BN saje yang akan menari nari..... Rakyat tetap akan lari.



Babi Juga Adalah Rakyat?????

Tindakan Thomas Su, Pengerusi DAP Kedah dan Perlis mengambil tindakan mengistiharkan keluar dari Pakatan Rakyat di Kedah ekoran dari keputusan Majlis Bandaran Alor Setar (MBAS) merobohkan rumah sembelihan babi di Kg Berjaya, Alor Setar jam 3.30 petang semalam adalah satu tindakan yang cuba 'merakyatkan babi'. Marah betul... betul.. betul... beliau sehinggakan menuduh Ds Azizan Razak terlibat langsung dalam kes berkenaan.

Thomas Su cuba menjadi hero kepada sekalian babi babi yang ada di Malaysia. Biar pun tindakannya mendahului DAP Pusat, dia tidak peduli. Demi babi, dia rela membakar jambatan dengan Pakatan Rakyat di Kedah. Kita berjuang untuk rakyat, dia berjuang untuk babi. Udahlah babi tu membawa banyak penyakit..... Sepatutnya Thomas Su kena pergi tinggal bersama babi babi tu di pusat sembelihan tersebut kalau nak berlagak nak jadi hero. Pertahankan rumah sembelihan tersebut. Jangan balik tidur rumah. Kalau tak sanggup tidur, makan bersama babi, ambo cadangkan elok saja Thomas Su jadi babi lagi baik dari istihar keluar Pakatan.

Isu yang mencengkam sensitiviti masyarakat Islam sekitar yang sudah berlarutan sudah sekian lama sejak zaman UMNO/BN sepatutnya sudah diselesaikan sebulan lalu dengan memindahkannya ke lokasi baru berhampiran komuniti cina/siam di Pendang. Ini adalah satu langkah yang berani yang di buat oleh pimpinan PAS setelah UMNO yang terkenal dengan 'Semangat keMelayuannya' tak berani berbuat apa apa setelah berpuluh tahun masyarakat Melayu/Islam memendam rasa.

Ambo tabik spring kat DS Azizan Razak yang tidak mahu 'membabikan rakyat'. Gayanya dan hujjahnya membuatkan PAS akan terus segar di Kedah. Nak dengar jugak apa komen komen dari pendokong UMNO ... cepatla komen....

PAS Jangan Rasa Selesa

Semasa memesan minum di kedai sup arab sebelah Markas Besar PAS, terpandang seseorang yang rasanya pernah ambol kenal. Setelah diamati, la.........Ust Hamid Derani rupanya. Berbaju bush jaket tanpa kopiah atau serban mengkelabukan pandangan ambo.

Bersama beliau, kami ke kg Gajah bagi program ceramah kelompok. Diikuti oleh Dato Rosli Salor dan kemudiannya calon PAS abang Uji. Ceramah mendapat sambutan hebat oleh masyarakat setempat.

Selesai ceramah, kami berempat melewati budak budak UMNO sedang berdikir di Bilik Gerakan Besar mereka.Tak ada penonton pun. Kesian..... Mangkuk hayun, Ni bulan Rejab, retilah sikit. Jangan asyik nak berdikir dan berkaraoke. Ini bulan dianjur beribadat. Kemudiannya kami bersama Cikgu Wan Yusuf (ADUN Gual Ipoh) dan Arifabillah (ADUN Kuala Balah) pekena lemang di depan markas sampai licin. Sedap. Kalah lemang lebuhraya Karak.

Belum pun penamaan calon, PAS nampaknya sudah merasa terlalu selesa. Mungkin terdodoi dengan laporan SB bahawa PAS akan menang besar atau juga kenyataaan Najib yang mengatakan peluang BN adalah amat tipis. Ingat..... PRK Pengkalan Pasir kita tewas. Selepas jam 12.30 malam, kemana jentera kita??? Sedangkan jentera BN masih lagi memasang bendera dan bergerak dalam kumpulan kecil turun naik rumah yang tentunya ada makna. Dimana jentera keselamatan kita??? Di setiap peti undi ada 4 kawasan yang berkampung. Takkan semua tidor. Takkan semua rasa tak perlu berkawal dan boleh tidor lena kerana merasakan sudah amat selesa??? Bahaya ni. Teramatlah membimbangkan.

Kisah pembesar suara macam suara kumbang lilin juga perlu diberi perhatian segera. Hilang mood penceramah. Yang kat luar rumah, telinga menjadi besar macam telinga gajah kerana cuba menadah telinga untuk mendengar ceramah. Udahlah, sampai lewat dari penceramah. Tak profesional langsung. Macam bermain persatuan kat sekolah saja.

Ingat, UMNO juga sedang berkira kira untuk menang......

Wednesday, July 1, 2009

Kembali Ke Tanahair

Setelah 6 hari berada di Acheh, kini ambo telah kembali ke bumi sendiri. Tidak banyak cerita yang dapat dikongsi bersama dari sana kerana kesuntukan masa dan kesukaran mendapat kemudahan internet. Oleh kerana ambo tidak menginap di hotel dan hanya menumpang di rumah anak angkat yang disediakan oleh pemerintah hasil dari bantuan luar, kesukaran untuk berkongsi cerita semakin payah.

Delvia Yunita satu satunya yang tinggal. Ibu, bapak , kakak dan adiknya telah hilang dalam musibah Tsunami. Traumanya berpanjangan. Bisunya menyepikan suasana. Wajahnya sering duka. Tapi kini setelah 5 tahun berlalu disaat menginjak ke awal 20 an, beliau mula ceria dan kuliahnya juga mula menampakkan perubahan ketara. Alhamdulillah.

Bedanya dengan Malaysia, azannya, kuliah/tazkirahnya, tadarrus Al Qurannya, berkumandang bersahut sahutan. Nyaring dan kuat. Bergema seluruh bumi Acheh. Tiada siapa terganggu tidur. Tiada siapa mengadu kebisingan. Tiada Raja atau pemerintah yang meminta ianya diperlahankan. Khutbah Jumaatnya pula bukanlah menjemukan. Ia tidak dikawal atau disediakan oleh pemerintah. Bebas menyampaikan khutbah. Bukannya memberatkan kelopak mata. Bukannya lesu dan hambar. Walau tanpa teks, khatibnya penuh semangat dan berkobar kobar. Takkan jumpa khutbah seberani dan selantang ini di Malaysia.

Ambo ke Manik Urai petang ni. Isteri dan anak anak ditinggal lagi...


Saturday, June 27, 2009

Selamat Berjuang Untuk Rakyat - Hj Fauzi Tokey Ikan

Semalam, pengumuman Tok Guru mengesahkan ramalan umum bahawa calon PAS yang paling layak diketengahkan dalam PRK Manik Urai kali ini ialah Hj Fauzi, Bendahari PAS Kawasan yang terkenal dengan gelaran Hj Fauzi Tokey Ikan. Selamat Berjuang.

Kita tunggu giliran UMNO esok. Dengar khabar, rating Tuan Aziz di ekori rapat oleh Azizuddin Hussein. Gomo jange tak gomo.

Di Bumi Nanggroe Acheh Darussalam

Tanggal 25 Jun buat pertama kali ambo menaiki pesawat Firefly ke Banda Acheh. Tepat jam 11.45 pagi berlepas dari Penang dan mendarat dengan selamat 1 jam 45 minit kemudian.

Bicara Satu

Diterjah kasus/kes Manohara dengan Tengku Fakhri. Ambo hanya mampu komen,"Di Kelantan, kelihatannya Manohara bersama Tengku Fakhri amat cocok dan bahagia sekali. Apa yang berlaku disebaliknya, bapak tidak tahu."

Anak angkatku, Delvia Yunita (terhasil dari musibah Tsunami) menyampuk, " Bapak perlu tau, udah ada pengacara/peguam yang mendampingi kasus Mano sudah pun minggir."

"Kasusnya perlu dinilai. Tidak semuanya benaran.", dia terus mengomel. Eh, petah pulak dia sekarang. 3 tahun berdukacita, tanpa berbicara, memendam ingatan kepada ayah, ibu, kakak dan adik adiknya yang telah menjadi mangsa Tsunami.

Ambo tersenyum melihatnya yang mula terserlah keayuannya. Kes Manohara bukanlah 'maudhuk' bagi ku.

Bicara Dua

Debat Calon Presiden antara Megawati - SBY - Jusuf Kalla.

Semua berlapang dada. Ada pandangan dan hujjah masing masing. Walau ada sindir menyindir, ianya berlangsung dengan penuh muhibbah. Pemilihan dan kempen yang cukup bebas. Malaysia negaraku kena reti malu, malu, malu lah sikit......

Bicara Tiga

Dalam perancangan untuk menyantuni anak anak Acheh sempena Ramadhan ni, 3 kelompok menjadi keutamaan.
1) Anak Yatim Mangsa Tsunami
2) Anak Yatim Mangsa Konflik
3) Anak Tidak Yatim/Miskin Teramat.

Insya'Allah, marilah kita berlumba lumba membuat kebajikan..

- Banda Acheh




Wednesday, June 24, 2009

Calon PRK Manik Urai

Di pihak UBN, nama Tuan Aziz Tuan Mat, Ketua Pemuda UMNO yang mewakili kumpulan bekas Ketua Bahagian terdahulu Wan Zaid Wan Abdullah menjadi calon popular selain dari Azizuddin Hussein, bekas calon Dun Mengkebang dan Che Jalal Muda, Naib Ketua UMNO Bahagian. Difahamkan, Tok Pa sudah bersedia untuk mencalonkan orang muda sebagai calon PRK Manik Urai bagi berdepan dengan calon PAS.

Manakala di pihak PAS, Hj Fauzi Abdullah, Bendahari PAS Kawasan mencadi calon pilihan selain dari Mohd Zamzuri Mat Lazim, bekas calon PAS 2004 yang telah tewas dengan majoriti 43 undi. Manakala seorang lagi calon yang disebut sebut iaitu Ust Zulkifli Yaacob difahamkan telah menolak dari dicalonkan untuk PRK ini. Jika watak Pak Su Weil yang dicari, mungkin nama Hj Fauzi yang juga seorang tokey ikan yang menjadi pilihan untuk dicalonkan.

Kedua dua parti akan mengumumkan calon masing masing Jumaat ini. Sama samalah kita tunggu.

Tuesday, June 23, 2009

Ayam Sabung Tolak Anugerah Dato'

Ada seorang tokoh politik hebat, ke hulu ke hilir berceramah siang malam, kadang kadang turun ke lebuhraya dan jalanraya membawa suara rakyat, terkadang juga terpaksa bermalam di dalam lokap. Beliau juga telah mewakafkan dirinya kepada perjuangan parti dan baru baru ini cuba mengorak ke tangga kedua sebagai pemimpin yang berani.

Dengar khabar dari Penang, beliau sekali lagi menolak anugerah Dato' yang telah ditawarkan kepada beliau. Awat Mat ??? Kekawan semua dah bergelar Dato'!!!.

Ada sorang kat Kelantan, dah dua tahun menunggu anugerah Dato', orang kampung pun dah semua tahu, tapi sampai lo ni, tak dapat dapat. Kalau anugerah tu hang boleh offer kat dia, gerenti dia tak tolak. Dapatlah dia merasa.

Tok Guru pernah berkata, " Orang bui pitis, ambil. Orang bui kain, pakai. Orang bui gula, kuca. Tapi kalau undi, mesti undi PAS"

Ajaran Tok Guru ni dah sebati dengan orang Kelantan. Orang Kedah kaa... orang Penang kaa... tak nak ikut orang Kelantan kaa...???




Wayang Kulit Di Manik Urai Juga Perlu Dihentikan

Tiada poster THHA. Alasan 'melokalitikan' dan hanya poster TNA mempunyai 'nilai komersil yang tinggi'. Macam macam yang tak sudah sudah. Ramai tahu, ini adalah wayang kulit...

Tiada program ceramah untuk TGHH, Ust Nasa. Apa 'slogannya???' Wayang kulit jugak ni.....

Siapa Tok Dalangnya?????

"Tok Guru???", bukan la.....

"Husam?????", bukan jugak....

Habis tu siapa???????????????????

Sila pilih salah satu jawapan yang betul

a) Dato Wan Rahim - Pak Dogol/Penasihat JPN

b) Abe Tah - Wak Yoh/Pengarah JPN

c) Nasir Daud - Said/Timb Pengarah JPN

d) Ketiga tiga di atas

e) Semua tidak terlibat

Hentikanlah Wayang Kulit ini....

Monday, June 22, 2009

UG - TAMAT DAN MUKTAMAD

MUKTAMAD - Majlis Presiden PR putuskan Tiada Unity Goverment....... dan .....Tok Guru tarik balik minta Ust Nasa keluar PAS , masuk UMNO dan letak jawatan MP Bachok. Tak berbangkit lagi apa apa yang pernah dibangkit. -TAMAT-.


Carta Deris dan Kuncu Kuncu Terus Merudum

BARISANG UMNO GANU KEMAHUANG HISHANG MUDDIN

Setiausaha : Ku Tera Ganti Pok Li

Bendahari : Mat Rahing Ganti Roslang Awang Chik

(Pok Li dgn Roslang disiasat SPRM)

Ketua Penerangang: Mat Shaberi Chik

Deris NATANG- Tak maghi-maghi miting.

Kuncu Kuncu Deris: Din Adang, Rosol Wahid, Mat Kerak (Shaberi Alwi) gugur bergugurang...

Sunday, June 21, 2009

Hijau Takkan Biru ???

Geger 1. (Sedikit Keras)

Tok Pa kata dia kini menunggu lampu hijau dari pucuk pimpinan untuk bertemu pemimpin PAS Kelantan bagi membincangkan Kerajaan Perpaduan sebagaimana menyahut saranan TPM agar ia segera dilaksanakan.

Diberi berpuluh lampu hijau pun, PAS tak peduli . PAS tak ingin dan takkan ingin lagi. Tok Guru Nik Aziz kata dia takkan berganjak. Dia dah kenal apa itu UMNO. Dia kenal dari lubang hidung sampai ke lubang najis.

Perumpamaan: Jangan Dijolok Sarang Tebuan

Geger 11. ( Sedikit Lembut)

Tok Guru kata dia bukan degil, tapi istiqamah. Kalau nak jugak, bawa ikut saluran parti. Jangan buat saluran sendiri. Bawa ke PAS Pusat dulu, kemudian ke negeri negeri dan ke riba Pakatan Rakyat. (Belum masa berunding dengan UMNO)

Perbincangan pula perlu berkisar kepada isu Islam dan tidak kepada isu Melayu semata mata.

Perumpamaan: Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula......


Saturday, June 20, 2009

Giliran GERAKAN Beronar

Malam tadi Mesyuarat Jawatankuasa Pusat (CWC) Gerakan telah memutuskan untuk menggantung keahlian Naib Presidennya, Huan Cheng Guan selama 3 tahun berkuatkuasa serta merta.

Tindakan ini diambil kerana dikatakan beliau pernah mengecam kepimpinan parti secara terbuka dan pernah mengancam meletak jawatan dalam parti serta ada usaha beliau untuk menarik penyokongnya keluar dari parti Gerakan.

Kemelut dalam Gerakan ini tidak akan berakhir dengan penggantungan tersebut. Penyokong penyokongnya tidak akan berdiam diri.

Berita hampir sahih diterima, beliau dan penyokong penyokongnya akan menyertai PKR dalam masa terdekat.

Politik Bachok

Sudah banyak kain rentang dinaikkan di sekitar parlimen Bachok yang menggesa Ust Nasa meletakkan jawatan selaku MP di kawasan berkenaan. Ini bukan soal baling batu sembunyi tangan lagi. Ramai di kalangan pemimpin PAS di peringkat kawasan, peti undi dan cawangan sudah tidak malu alah dengan Ust Nasa.

Kalau Ust Nasa senyum sampai ke telinga sekali pun, muka mereka tetap masam mencuka. Amat sukar untuk Ust Nasa memulih keadaan, lebih lebih lagi bila beliau dianggap menenggek di sakok orang. Bidasan Tok Guru yang mengungkit pemberian sakok menyebabkan orang PAS Bachok dah mula gila meroyan. Semua dah jadi sasar. Hilang muhibbah, hilang rasa hormat.

Ust Nasa perlu ambil langkah cermat dan berani. Eloklah dilepas jawatan MP secara berhemah. Itu lebih baik dan tak perlu menunggu terlalu lama. Ust Nasa akan dihormati dan dikenang sebagai pemimpin yang berprinsip. Takkan semuanya membenci. Akan ada yang terus menyayangi.

Ust Nasa kena elak digelar ayam gila ko sakok. Sakok Kelantan hanyalah dari buluh dan jerami padi yang amat gatal dan miang sekali...

Friday, June 19, 2009

UG vs Manik Urai

Hentikan pertelagahan sesama pemimpin berkenaan Unity Goverment. Terbaru, deklarasi 10 dari 23 ahli parlimen PAS yang menolak UG walau dengan beribu alasan tidak banyak membantu meredakan keadaan. Polemik ini tidak berkesudahan. Kalau dah nak diadakan mesyuarat, pertemuan, atau perbincangan tunggulah keputusannya. Jangan esok pulak, 13 orang ahli parlimen PAS membuat sidang akhbar menyokong pendirian Presiden berhubung UG. Lagi la haru. Tak perlu lagi sebarang komen, pandangan atau penerangan. Pemimpin sama pemimpin bertelagah, penyokong dan pengundi pulak naik muak. Jadi, eloklah dulu semua berdiam diri.

Kita ada tugas besar di depan mata. PRK Manik Urai menuntut kerjasama padu. Jangan terlalu merasa selesa. Manik Urai jangan sampai bernanah....

Husam MB - Peluang Sedikit Terbuka

Penyusunan baru kepimpinan PAS Kelantan telah menyaksikan tiada perubahan besar dengan kesemuanya mengekalkan jawatan masing masing kecuali bagi jawatan Setiausaha Perhubungan yang telah beralih tangan dari Dato Taki kepada Sdr Zaki Ibrahim. Sekali gus menolak hasrat sesetengah pihak supaya jawatan tersebut diserahkan kepada Hj Fatah Haron, besan Tok Guru yang kini memegang Pengarah JPN Kelantan.

Syabas kepada sdr Zaki dan syabas kepada Tok Guru yang telah memberi kepercayaaan kepada golongan muda. Suntikan tenaga baru bakal merancakkan lagi sokongan muda kepada parti PAS di Kelantan. Kepada Dato Taki, tiada apa yang perlu digundahgelanakan. Pengguguran dari jawatan Setiausaha Perhubungan jangan dianggap paluan berundur. Kepada Hj Fatah yang sering dilihat tidak mesra alam dengan menantu sendiri dan dengan golongan ulamak, tidak lagi perlu memasang angan angan nak jadi exco, nak jadi Speaker atau Setiausaha Perhubungan. Selagi Tok Guru masih terpacak di situ, kemam saja hasrat tersebut di dalam mulut.

Lainlah, kalau Dato Husam dah jadi MB. Mungkin peluang sedikit terbuka...

Thursday, June 18, 2009

Tuntutan RM 1 Billion - Najib Perlu Ikhlas

Tunggakan royalti minyak sejak tahun 2004 sebanyak RM 1 billion dari nilai anggaran pengeluaran minyak RM2.5 billion setahun yang akan dituntut oleh kerajaan Kelantan perlu dipertimbangkan seadil adilnya oleh Dato Seri Najib. Jangan pulak banyak dolak daleh. Jangan jadikan 'Kelantan di bawah PAS' sebagai alasan mudah untuk tidak menerima tuntutan tersebut. Kat China, bukan main 'smart' dan 'pandai' puji arwah bapa sebagai rule modelnya. Inilah masanya tunjukkan semangat 'Razak' masih subur di jiwanya. Najib perlu ikhlas...

Ambo tak nampak walau sebelah mata Najib akan layan. Tengokla nanti.....

Wednesday, June 17, 2009

Jangan Biarkan Perahu PAS Bocor

Panaaaaaaasssss!!!!....... bicara menjadi tergagap. Tingkah menjadi pincang. Tenang menjadi angin medu. Lidah mula kelu.

Mursyidul Am dah 'start' membedal Timbalan Presiden. Perahu dah mula retak. Jangan biarkan Perahu PAS bocor.....


Tuesday, June 16, 2009

Tersadai di Brunei Darussalam

Akibat terlewat pernerbangan selama 5 jam dari Jeddah, sampai di Bandar Seri Begawan jam 12.00 malam.Terlepas pula penerbangan ke KLIA jam 7.40 malam. Terpaksa bermalam di Brunei dan akan berlepas ke KLIA jam 7.40 malam ni. Insya Allah, kita bersiaran kembali.

Thursday, June 4, 2009

Erdogan itu adalah Dato Husam Musa

Suasana terakhir semakin sengit. Dalam tempoh 24 jam dari sekarang, mood perwakilan sudah dapat ditelah. Jalan untuk Dato Husam semakin terbuka luas. Dunia siber terutama melalui blog telah menjadi rujukan utama perwakilan untuk mendapatkan maklumat terkini dan sahih. Momokan terhadap gelaran Erdogan bertukar menjadi gelaran rebutan. Gelaran Erdogan cukup berbisa dan cukup kuat untuk memeluk erat hati para perwakilan.

Terbaru, kumpulan Mohamad Sabu yang menggelar tokoh mereka Pejuang Rakyat telah mula melabelkan boss mereka Mohamad Sabu juga adalah Erdogan. Mereka mengatakan Sir Erdogan Dato Husam Musa tidak dikenali oleh semua lapisan rakyat. Tetapi Sir (Jr) Erdogan Mohamad Sabu dikenali di seluruh negara, termasuk kanak kanak yang baru pandai makan ice cream. Pulak dah....sehinggakan mereka meramalkan jika bos mereka Sir (Jr) Erdogan Mohamad Sabu tidak terpilih sebagai Timbalan Presiden, semangat perjuangan pas akan jatuh perlahan lahan. Ini dah kira bedo'oh lalu.......

Pas perlu lebih kuat dan lebih berani bagi mengalahkan Umno dalam pilihanraya umum ke 13 nanti. Untuk lebih kuat dan berani, PAS perlukan Erdogan. Erdogan itu ialah Dato Husam Musa!!!

- dari Brunei Darussalam.


Musim Husam

Sebelum berlepas ke Brunei Darussalam semalam, ambo menerima panggilan telefon dari seorang bekas ahli parlimen yang telah tewas dalam perebutan jawatan timbalan ketua bahagian UMNO yang juga merupakan teman semasa di UM meminta ambo menghubungi Dato Husam memaklumkan hasratnya untuk meminta maaf berhubung tuduhannya berkait ' kes balak' dan merayu agar Dato Husam dapat membatalkan saman terhadapnya.
"Eloklah tu,... Nazula dan Adham pun dah minta maaf seara terbuka!!!..", tegas ambo.
"Tak pe,... I sanggup!!!", dia spontan menjawab.
Nampaknya musim Husam sudah tiba. Kebenaran sudah terserlah. Kemenangan juga bakal menyerlah. Insya'Allah...

Wednesday, June 3, 2009

Bandar Seri Begawan - Tenang Dan Aman

Jam 5 petang tadi selamat menjejaki kaki ke Brunei Darussalam. Tenang dan damai. Seluas lebih kurang Singapura dengan jumlah penduduk hanya 300 ribu orang tidak menjadikan Bandar Seri Begawan sesak sepertimana ibukota ku di Kuala Lumpur.
Terpapar di muka depan MEDIA PERMATA, akhbar harian unggul di Brunei Darussalam tentang tawaran ganjaran wang tunai RM10 ribu dan peluang kenaikan pangkat kepada kakitangan awam yang mendedahkan amalan tidak berakhlak oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ini dipuji sebagai langkah untuk menangani pencegahan rasuah yang amat ketara di Malaysia. Hebat!!!
Kepada pemuda PAS, selamat bersidang.

Tinggalkan Tanahair

Jam 2.44 petang nanti ambo akan menuju ke negara Brunei Darussalam. Adalah nak jenguk kaum bani Adam dan Hawa yang tak pernah ambo jumpa sebelum ni. Bila dah ada peluang, jumpa ajelah.

Malam esok pula ambo akan menuju ke Tanah Suci bagi mengerjakan umrah. Dah rasa rindu sangat. Setiap tahun ambo mengerjakan umrah di akhir ramadhan. Tetapi tahun ni dah tak sabar sangat. Tak sempat menunggu ramadhan.

Kepada teman teman selamat bermuktamar dan memilih pemimpin yang terbaik untuk parti bagi menghadapi pilihanraya ke 13. Ambo akan memerhati dan berdoa dari jauh.

Jika ada peluang, ambo akan tetap bersiaran dari sana...

Tuesday, June 2, 2009

Buru Along Jangan Bermusim Jangan Bertempat

Hasrat pihak PDRM hendak membenteras kepala kepala bapak Along dan dan kuncu kuncunya hendaklah betul betul dan bukannya main main. Kalau sekadar hangat hangat tahi ayam, pergi tangkap ahli politik Pakatan Rakyat lagi baik. Tak perlu susah susah. Tak perlu berpeluh pelai. Kalau ada perhimpunan Pakatan Rakyat, hantarlah beratus ratus anggota bermula dari segala bintang bintang atas bahu kepada segala paku paku dan tanpa paku paku. Tak cukup bergaya dengan baju blue black, hantar lah juga yang pakai baju compang camping. Tangkaplah berapa yang nak ditangkap. Heretlah berapa yang nak diheret. Mudah saja. Humbankan mereka kedalam trak, mereka takkan melawan. Mereka bukan melawan pun. Gunakan alasan mereka tu bahaya lebih dari Along. Boleh jatuhkan kerajaan.

Kalau setakat untuk bertindak bermusim hanya setelah terjumpa Penjara Guatanamo Bay Along di Sri Kembangan dan baru buat pura pura terkejut serta segera bertindak menahan orang orang kanan Along Kristal 9 yang telah merantai dan mengurung mangsa mangsa mereka dibimbangi bersifat sementara saja. Banyak kes penderaan along dan kekejaman mereka sebelum ini dipandang sebelah mata oleh pihak berkuasa. Payah sungguhkah untuk membenteras mereka sedangkan iklan mereka bertebar di seluruh negara??? Inilah persoalan yang masih belum terjawab sehinggakan pihak berkuasa dituduh pula sebagai pelindung atau memayungi kegiatan mereka. Contoh pernah berlaku bila mana Ketua Polis Negara sendiri pernah di tuduh oleh pegawai atasan mereka terlibat memberi perlindungan kepada Kepala Gangster.

Ramai menganggap pihak berkuasa memandang ringan kes penderaan along sebelum ni kerana ianya melibatkan golongan bawahan dan pertengahan bukannya yang melibatkan golongan VIP dan ternama. Jangan jadikan penangkapan ahli politik sebagai sebagai mauduk utama. Mereka hanya dituduh berbahaya oleh pemerintah yang berada di penghujung usia. Inilah bahaya sebenar. Banyak nyawa sudah melayang. Banyak keluarga telah huru hara. Jadi, pemburuan Ketua Along Kristal 9, Franco @ Ong Leng Kok dan kuncu kuncunya haruslah secara besar besaran dan berterusan dan juga melumpuhkan organisasi along yang lain. Inilah komunis moden yang sepatutnya tidak layak berada di Malaysia lebih dari bekas pimpinan komunis, Chin Peng. Kalau PDRM tak mampu, gembeling saja tenaga ATM untuk memburu komunis moden ini lebih dari mereka memburu komunis di hutan dahulu. Tak kena keluarga kita, tak pe...

Takut Nak Ulas, Takut Terpulas

Persaingan merebut jawatan Timbalan Presiden PAS semakin sengit. Fokus kepada persaingan jawatan Naib Presiden tidak kemana. Perwakilan hilang tumpuan. Sesiapa yang terpilih tidak menjadi kejutan. Nik Amar tak mengapa. Sdr Salahuddin pun tak pe. Yang lain lain pun tidak menjadi masalah. Semua boleh diterima.

Untuk jawatan terpanas berkenaan, macam macam cerita ceriti sudah masuk ke telinga. Ada yang sudah mara ke depan, ada yang masih tercungap cungap di belakang dan yang still maintain macho pun ada. Ada di kalangan penjenguk blog janggutputih bertanya, "Haji, apa ulasan terkini???" Ambo selamba menjawab, " Tak nak ulas, takut terpulas!".

Untuk ulasan itulah jawapannya. Tetapi jika ditanya pandangan siapa yang sepatutnya dipilih, ramai berebut rebut untuk berani berdada memberi jawapan. Rasa lucu jugak. Siap dengan madah berhelah. Jika mahukan PAS mara ke depan, mengetuai Pakatan Rakyat dan UMNO menjadi semakin hina dina, pilihlah Dato Husam. Jika kita masih merasakan kita masih belum cukup kuat, tetapi ingin membentuk kerajaan dengan cara pintal pintal jari dengan UMNO pilih lah Ust Nasa dan jika kita rasakan kita masih di tahap pembangkang dan akan selalu turun ke jalanraya menggerakkan suara rakyat suara keramat, pilihlah Abang Mat. Eh eh pandai .... Tepuk dahi tanyalah hati...jangan sampai bertanya bini...

Erdogan Tok Guru

Recep Tayyip Erdogan, Perdana Menteri Turki semasa di World Economic Forum pada 29 Januari 2009 telah berucap berapi api dengan lantang dan berani serta telah meninggalkan majlis sehingga memalukan muka Simon Peres, Presiden Israel dalam keadaan terpinga pinga dan terkulat kulat. Erdogan penuh bergaya sehingga disanjung di seluruh dunia.

Erdogan Iraq, Muntazer Al Zaidi, seorang wartawan telah membaling kasut busuk dan buruk yang dipakainya ke muka George W. Bush serta berteriak, "Nah!!! Ini hadiah untuk perpisahan kau, anjing keparat!!!" pada 14 Disember 2008 semasa kunjungan ucapan perpisahan di Iraq. Erdogan penuh berani sehingga disanjung di seluruh dunia.

Erdogan Malaysia, Dato Husam Musa, pemimpin Parti Islam Se Malaysia (PAS) akan bingkas bangkit merobah suasana politik negara Malaysia dan bersama Pakatan Rakyat akan memalukan parti UMNO/Barisan Nasional dan menjatuhkan rejim Najib Razak dengan penuh berjiwa rakyat dalam pilihanraya ke 13 nanti. Erdogan penuh kehebatan sehingga terkenal ke seluruh dunia.

Monday, June 1, 2009

Manohara Sudah Terlepas Dan Takkan Kembali Lagi?

Khabarnya Manohara Odelia Pinot sudah pun berada di Jakarta bersama ibunya Daisy Fajarina hasil dari kerjasama bersepadu Kedutaaan Republik Indonesia dengan Kedutaan Amerika di Singapura dan Jabatan Imigresen Singapura sendiri. Kunjungan Manohara yang sudah bergelar Cik Puan Temenggung bersama Tengku Mohamad Fakcry, Tengku Temenggung Kelantan ke Singapura bagi menziarahi ayahandanya bertukar menjadi mimpi ngeri apabila Manohara bertindak melarikan diri jam 3 pagi tadi dari bilik penginapan hotel di negara berkenaan bersama ibu dan kakaknya serta tekad untuk tidak kembali lagi ke pangkuan TT. Benarkah begitu??? Kalau benar, ngapein tragedi ini terus terusan berlangsung di Istana Kelantan???

Sunday, May 31, 2009

Utusan serang Husam

Pemilihan peringkat tertinggi kepimpinan PAS tinggal 4 hari sahaja lagi. Walau banyak jawatan yang dipertandingkan, ramai tumpuan diberikan kepada pemilihan jawatan Timbalan Presiden yang melibatkan tiga tokoh yang tidak perlu diperkenalkan lagi kepada para perwakilan.

Semakin hampir saat pemilihan, semakin kedengaran suara suara yang cuba menidakkan proses penyuburan demokrasi dalam parti. Sebagai parti yang berpegang kepada konsep demokrasi dan musyawarah, terserah kepada calon samada ingin bertemu perwakilan, berdiskusi atau berdialog. Calon juga berhak untuk mendiamkan diri tanpa mengatur sebarang pertemuan, berdiskusi atau berdialog. Terserah kepada budi bicara dan pertimbangan calon.

Calon yang bergerak dan berjumpa dengan perwakilan tidak boleh disalahkan atau dengan kata lain dianggap memecah atau melanggar tradisi parti. Kemahuan dan kesungguhan turun ke bawah berjumpa perwakilan haruslah diberi pujian. Tidak timbul soal berkempen. Calon umumnya sudah dikenali dan sudah dinilai oleh para perwakilan. Akan tetapi, bila ada usaha demikian, ia sebenarnya lebih merapatkan lagi hubungan pemimpin dengan parwakilan yang rata rata adalah pemimpin di peringkat kawasan. Ianya lebih baik dari berdiam diri kerana ia akan melahirkan sifat kurang kemesraan dan kurang semangat untuk rajin meninjau masalah di peringkat akar umbi. Cuma haruslah diingat, biarlah ianya berlangsung dalam suasana penuh ketertiban dan kerukunan parti Islam yang kita junjung.

Apa yang sepatutnya dielakkan ialah campur tangan pihak luar yang cuba mencucuk jarum dalam kejernihan dan ketenangan pemilihan parti kita. Sikap Utusan Malaysia (lidah bercabang resmi UMNO) yang mula menyerang pendirian dan kesanggupan Dato Husam bagi memikul amanah besar bagi meredah kongkongan hutan belantara besar UMNO adalah amat menjijikkan. Ada sesuatu yang dibimbangi oleh pihak musuh jika Dato Husam direstui perwakilan untuk dipilih sebagai Timbalan Presiden sehingga mereka terpaksa merubah mood perwakilan dengan kupasan dan ulasan dangkal mereka.

Pengakuan Dato Husam bahawa tidak perlunya bergabung dengan UMNO kerana akan mengakibatkan kemaraan sokongan parti PAS akan tersekat adalah satu wadah besar yang amat digeruni oleh UMNO. Sesuatu cuba dilakukan mereka agar perwakilan dapat dipengaruhi dan sokongan kepada Dato Husam dapat dialihkan kepada pihak yang lain.

Adalah sesuatu yang amat malang jika perwakilan PAS dibutakan mata oleh Utusan Malaysia.

Minah Ronggeng Tersungkur Di Atas Pentas

Sehingga jam 7.10 malam, Si Minah Ronggeng tersungkur jua. Walau iklannya hebat, hari hari keluar TV woooo.., akhirnya dia kecundang jua. Dr Mansor Othman masih mendahului dengan 5,309 undi, diikuti Minah Ronggeng 329 undi , Nan Khan Ari 301 undi dan Kamarul Ramizu 44 undi. Kemana mereka selepas ini??? Ke Manik Urai?????? Hubaya hubaya.... lagi manyak bahaya woooo...

Kerana Bukan Melayu???

Sekiranya, Chin Peng itu Melayu atau sudah memeluk Islam, apakah kerajaan Malaysia tetap menolak hasrat kepulangannya ke Malaysia?

Sekiranya, Rashid Maidin itu Cina, apakah Dato Zahid (Sewaktu KP UMNO) sanggup menerima kunjungan beliau?

Sekiranya Abdullah CD itu Cina, apakah Tun Hanif Omar dan Dato Seri Aziz Shamsudin dan YDPA (Sultan Azlan Shah) sanggup bergambar dengan beliau penuh kemesraan bagai ditatang minyak yang penuh?

Sekiranya Musa Ahmad dan Shamsiah Fakeh itu Cina, apakah kerajaaan Malaysia akan membenarkan mereka pulang ke Malaysia?

Sekiranya, Najib Lazak, Bapak Kepala Menteri itu bukan Melayu, dan Altantuya itu Melayu, apakah orang Melayu (UMNO) tetap mendiamkan diri seperti sekarang?

Salahkah ambo sekadar bertanya? Ambo bukan komunis atau pun anak komunis.....

Ahli UMNO siksa di Penanti.

Hari ini warga Penanti akan membuat keputusan samada kekal bersama PKR dan mendapat Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang baru atau terpaksa mendapat kakak angkat baru Kak Min, yang dikenali sebagai Minah Ronggeng oleh Azmin Ali.

Walaubagaimana pun pemilihan ini kononnya tidak melibatkan 5 ribu ahli UMNO yang dilarang keras keluar mengundi oleh pimpinan UMNO seperti mana yang telah ditegaskan oleh Si Khairy Jamaluddin, KP UMNO dan Dato Zainal Abidin Osman, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang.

UMNO larang ahlinya keluar mengundi kerana takut petugas petugas kenderaan yang mengangkut pengundi akan membuat tuntutan kewangan. Dahlah dikatakan ahli ahli UMNO sudah pun hampir mati kelaparan kerana tiada lagi upah jalan rumah ke rumah, tiada lagi upah pasang poster, tiada lagi upah panjat pokok kelapa. Masuk kedai kopi macam orang dungu. Nak buka mulut pun tak boleh. Kesian UMNO...

Saturday, May 30, 2009

Tok Guru Di Singapura

Difahamkan sebentar tadi Tok Guru berada di Hospital Mount Elizabeth, Singapura bagi menziarahi Tuanku Sultan Kelantan yang masih dirawat di sana. Bersama dengan beliau ialah Dato' Husam Musa, Exco Kerajaan Negeri Kelantan. Mereka berdua dijangka mengadap Tengku Mahkota sebentar lagi.

Suara Dato Mat Zin Ibrahim

Dato Mat Zin Ibrahim, Bekas Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur telah membayangkan kes kebangkrapan yang diterimanya ada kaitan dengan kes liwat Dato Seri Anwar Ibrahim yang akan dibicarakan pada 1 Julai nanti.

Beliau cukup yakin menjadi mangsa kepada kuasa kuasa berpengaruh yang akan menghalangnya dari memberi kenyataan terhadap Tan Sr Abdul Ghani Patail dan Tan Sri Musa Hasan di mahkamah berhubung dengan pemalsuan bukti berhubung kes mata lebam Dato Seri Anwar Ibrahim tahun 1998.

Takkan Dato tak tau, negara ni ibarat filem hindustan je.....

Friday, May 29, 2009

Najib mula berani keluar negara

Semenjak bergelar Bapak Kepala Menteri Malaysia hampir 3 bulan, DS Najib hanya berani ke Indonesia, Brunei dan Thailand. Itu pun di Thailand terpaksa lari dan pulang lintang pukang setelah dihalau oleh perusuh anti kerajaan yang mengamuk di Pattaya semasa Sidang Kemuncak Asean hampir berlangsung.

Pada 1 dan 2 Jun nanti DS Najib akan ke Pulau Jeju, Korea bagi menghadiri sidang Kemuncak Peringatan ASEAN - Korea Selatan serta ke negara China dari 2 hingga 5 Jun. Sebelum ini beliau kelihatan teragak agak untuk keluar negara kerana 11 media antarabangsa seluruh dunia memaparkan kisah pembunuhan wanita Mongolia yang turut dikaitkan dengan beliau.

Apa yang perlu diingatkan ialah pihak berkuasa Mongolia mungkin sentiasa memerhati pergerakan Bapak Kepala Menteri Malaysia ini. Jangan sampai tertangkap dan diekstradisi ke Mongolia sudahlah. Nanti DS Najib akan dkenang sebagai Bapak Kepala Menteri tersingkat dalam sejarah Malaysia mengatasi pencapaian Pak Lah yang telah 'dibersarakannya'.

Jika itu berlaku, sedikitkah rakyat bakal tersenyum kelat???

Thursday, May 28, 2009

Najib Baru Terkejut Kekejaman Along

"Oopoccooot!!! Terkejut betul saya dengan kekejaman along!!! ", tegas Najib sebentar tadi. Hi ...Hi ...Hi ....

"Haaaahhh!!! Terkejut beruk ambo pasal Najib baru terkejut!!!!" Ha... Ha... Ha.....

"Apaaaaa?????? Ambo lagi terkejut sebab ada orang Mongolia kena bunuh secara kejam di Malaysia!!!" Hu... Hu... Hu...

MSO Umum Gencatan Senjata

Atas nama manusia, ia akan tetap ada sifat kemanusiaan. Walau marah, walau geram atas apa jua alasan akan ada di hati kecil secebis perasaan kemanusiaan yang boleh mewaraskan pertimbangan dan mengenepikan perasaan. Ambo salute. Ambo tabik spring. Demikian MSO yang telah menghentikan sementara 'Diary Maya MSO' kerana menghormati sahabatnya Dato Husam yang akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS minggu depan.

Walau ramai melihat dia seperti berdendam besar, menghentam membuta tuli, atau ada mempunyai kes yang berat yang tak boleh diselesaikan secara aman, rupanya terdetik juga untuk beliau membuat pertimbangan yang adil yang mungkin selepas ini akan ada 'cahaya terang dihujung terowong'. Elok sangatlah tu. Lebih lebih lagi selama ini pun Dato Husam hanya mendiamkan diri. Mungkin dia masih terkenang kisah kisah manis semasa bersahabat.

Chin Peng Kekal di Luar

Permohonan Chin Peng untuk kembali ke tanahairnya sendiri ditolak. Walaupun dia sudah tua dan sudah tidak merbahaya, kerajaan Malaysia menolaknya atas asas kejiwaan dan menjaga hati keluarga perajurit yang sudah terkorban.

Salahkah terkadang hati kita bertanya benarkah Chin Peng, Rashid Maidin, Abdullah CD memang seorang berhati komunis atau seorang pejuang kemerdekaan yang telah terperangkap dengan helah politik British? Bermula dengan anti penjajah, kemudiannya dituduh berhaluan kiri, kemudiannya dianggap pemberontak dan akhir sekali menyertai komunis telah dianggap musuh negara oleh British dan pimpinan UMNO pada waktu itu. Mereka berundur ke dalam hutan akibat tekanan British. Masyarakat pada waktu itu melihat mereka sebagai pejuang kemerdekaan. Yang malangnya, UMNO pula pada waktu itu terikut ikut dengan rentak British. Akhirnya perjuangan mereka semakin jauh. Lipatan sejarah tak boleh dipadamkan di bawah karpet merah.

Apa makna kepada penolakan tersebut. Shamsiah Fakeh dibenarkan. Abdullah CD dibenarkan. Musa Ahmad dibenarkan. Kalau setakat nak jaga hati keluarga perajurit yang terkorban, itu cuma alasan saja. Cuba bayangkan kepala perompak, kepala penyamun, kaki bunuh, kaki rogol dan yang seangkatan dengannya berapa ramai ada dalam negara kita. Mereka lagi berbahaya. Mereka tidak ada semangat cintakan negara. Mereka berbuat apa yang mereka suka. Tetapi mereka tetap di Malaysia. Tidur bangun di Malaysia. Celik mata mula fikir nak merompak kat mana. Celik mata mula fikir nak bunuh siapa. Bagaimana hati keluarga yang telah dibunuh? Kes Mustakizah. Kes Norita dan banyak lagi. Sepatutnya mereka inilah yang tidak layak berada dalam negara kita dan patut dihalau keluar . Terkadang tu pulak mereka mendapat perlindungan secara rahsia atau keistimewaan dari pihak pemerintah. Ada yang tidak didakwa kerana tidak ada bukti dan ada juga yang telah didakwa akhirnya dibebaskan atas alasan kekurangan bukti. Pirraaahh....

Thailand pulak yang bermurah hati. Memberi lot kediaman secara percuma. Bebas berkampung dan bercucuk tanam. Inilah Tanah Melayu, tanahairku yang kini di gelar Malaysia...

Wednesday, May 27, 2009

Maslan Mengidam Manik Urai

Belum pun Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon dan tarikh pengundian bagi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Manik Urai, Ahmad Maslan Ketua Penerangan UMNO yang jugak Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri telah melancar peluru meriam sarafnya dengan membayangkan Dun Manik Urai akan dirampas kembali dalam pilihanraya kecil yang akan berlangsung berdasarkan UMNO pernah memenangi Dun berkenaan pada tahun 1978 dan 2004 dan juga dikatakan wujud perubahan sikap di kalangan pengundi terutamanya pengundi muda yang mula memihak kepada UMNO. Beliau membayangkan PAS bakal menggigit jari dan Dun Manik Urai bukan lagi menjadi ukuran kepada kekuatan PAS.

Perkiraan Ahmad Maslan terlalu mudah dan dangkal. Beginilah selalunya ucapan pemimpin pemimpin UMNO maupun Bapak Kepala Menteri sebaik saja bila turun ke kawasan pilihanraya kecil. Dengan memasuki kawasan pilihanraya kecil baru sehari dua, kemudiannya berlepas pulang ke Kuala Lumpur sudah boleh membaca sifir 5 X 2 = 10. Kalau sifir ni, anak ambo umur 4 tahun pun dah hafal. Sifir politik bukan mudah. Banyak acuan perlu diambil kira. Tu tak kira lagi belanja untuk kain sarung dan pelikat, gula, ikan sardin dan lain lain lagi termasuk projek mee segera atau soal lobi melobi, cah keting dan bidas telinga kawan. Semua tu dah selalu berlaku dalam politik UMNO. Kalau setakat nak jadikan penyedap hati dan halwa telinga ahli ahli UMNO bolehlah, tetapi jika nak buat 'bacaan politik', penoreh penoreh getah dari Thailand yang sebahagiannya memonopoli ladang ladang getah di sini pun tak akan percaya.

Walaupun Dun Manik Urai dikira kawasan pedalaman, janganlah dianggap ia sama dengan Dun Batang Ai di Sarawak. Boleh bayar situ sini. Boleh gertak situ sini. Ketua Rumah Panjang pula boleh dibawa melancong sampai ke Kuching. Sini susah nak bayar. Susah nak gertak. Tok Penghulu tak makan pujuk. Apatah lagi pengundi pengundi di Dun Manik Urai yang sudah masak dengan gelagat dan kerenah pemimpin UMNO yang suka 'menggoreng rakyat'.

Jiwa orang Kelantan termasuk juga di Dun Manik Urai sudah reti dengan auta dan buaya besar pemimpin pemimpin UMNO. Kalau setakat turun ke kawasan dengan mulut senyum sampai ke telinga, pakai baju kain linen keras bagai kertas poster, pakai pulak kereta besar besar, bini pulak pakai baju colour colour dengan kening dicukur dan dialis lentik, tudung nipis pulak melayang layang, nampak gaya hasrat Ahmad Maslan tak kemana. Sebelum nak memenangi hati rakyat, ubahlah persepsi dan sikap tu dulu. Rakyat dah berbulu dan rasa nak muntah dengan pe'el sedemikian.

Tapi PAS pun tak boleh tidur lena. Zaman Kesultanan Melaka ada seorang Sultan pernah membunuh rakyat semata mata nak mendapatkan nangka untuk isteri yang mengidam di Istana. UMNO pun lebih kurang halal saja. Tengok apa yang berlaku di Perak. Silap haribulan berlaku juga di Manik Urai. Na'uzubillah...... Jangan terlalu selesa dengan apa yang ada di depan mata. Terkadang mata kita pun naik rabung. Ramai sangat menari nari. Yang bermuka muka pun mengambil kesempatan. Gerakkerja harus rapi. Telinga kena check sound elok elok. Dengar keluh kesah rakyat. Jangan buat pekak badak. Cepat bertindak.

Jangan pulak musim hujan ni dok berebut pakai jubah putih dan serban besar. Dun Manik Urai taklah sama dengan Dun Pengkalan Pasir. Banyak bukit bukau, ladang ladang getah dan jalan jalan kampung yang masih kerap becak. Memadai baju lengan pendek dan berketayap. Menyinsing seluar lebih mudah dari menyinsing jubah. Mudah bergerak dan berkerja.

Biarkan Ahmad Maslan mengidam dengan Manik Urainya....



Penanti Bakal Menangis

SPR akan berkerjasama dengan SPRM bagi menyiasat dakwaan berlakunya sogokan wang tunai dan jawatan oleh Parti Keadilan Rakyat kepada calon Bebas, Puan Aminah Abdullah seperti yang didakwa berlaku awal Mei lalu. Sekiranya dakwaan tersebut benar, dan calon yang yang terlibat memperolehi kemenangan, SPR tidak akan teragak agak untuk membatalkan kemenangan tersebut. Inilah sifat buruk sangka yang diutarakan oleh Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi SPR yang dilabelkan sekutu UMNO yang sewaktu dengannya.

Umum sudah dimaklumkan oleh Sdr Saifuddin Nasution, Pengarah Pilihanraya PKR bahawa ianya melibatkan 2 orang sahabat lama calon Bebas berkenaan yang telah dijemput berkunjung ke rumahnya. Ambo sendiri tidak dapat mengagak apa tujuan sebenar 2 orang sahabat lama bersembang politik sehingga memerangkap diri sendiri. Kalau benar sekali pun, apakah ia atas inisiatif sendiri ataupun sudah mendapat signal dari pihak atasan PKR.

Walau apa pun pandangan, yang pasti nama Dr Mansor Othman tidak dikaitkan dan sememangnya kita mengharapkan ianya tidak melibatkan calon PKR yang bertanding. Jika tidak, Penanti bakal menangis...

Tuesday, May 26, 2009

Perak Hampir Bubar

Ada khabar dari Ipoh, Dewan Undangan Negeri Perak bakal bubar ! Diharapkan bukan lagi khabar angin. Insya Allah rakyat Perak tidak lagi makan khabar angin. Nanti masuk angin. Gerenti naik angin.

Bersedia!!!

Dilema Dato Wa

Prestasi Kelantan semakin merudum. Selepas mencipta nama ke Final Piala FA, kekalahan demi kekalahan berterusan. Tewas 5 kali berturut turut dengan Negeri Sembilan (2-0), Johor FC (2-1), Perlis (2-0), Perlis (2-1) dan KL Plus (2-1) semakin memeningkan Dato' Wa selaku Presiden KAFA. Keluhannya makin ketara. Beliau dikatakan tak mampu lagi untuk membuat perancangan masa depan melainkan sekadar mendengar pandangan pemain, jurulatih dan pihak pengurusan. Kerugian Rm30 ribu setiap perlawanan ekoran lokasi permainan di pindah ke Stadium Bukit Jalil turut mencengkam pemikirannya. Esok (Rabu), mesyuarat akan diadakan bagi menentukan hala tuju pasukan Bolasepak Kelantan seterusnya. Adakah Presiden atau Pasukan yang berundur...

Pengguguran beliau sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan turut memberi kesusahan yang menimpa. Banyak kera kera yang meniti di dahan bongkok mula mencari dahan yang lain. Biasalah.... di mana ada dahan bongkok di situlah ada kera kera menumpang lalu. Anak anak buah dah mula pandai main senggol sengolan. Sindir menyindir tak payah lah cerita. Kedai Ketereh mula sibuk berbincang pasal penurunan saham Dato Wa ini. Orang orang kanan dah mula jadi puak puak berhaluan kiri. Markah protege di Kok Lanas sudah memakan diri mentornya. Kuncu kuncu puak berhaluan kiri mula bertanya, lambat lagi ke nak lepas jawatan Ketua Bahagian ni. Dato Wa dihiris sembilu.

Tanggal 31 Mei 2009 bakal menjadi mimpi ngeri. Khabarnya jawatan Pengerusi KADA bakal beralih tangan. Apa lagi yang ada...

Nik Amar Dinilai

Kekosongan ketiga tiga jawatan Naib Presiden PAS mebuka ruang dan peluang untuk diisi oleh muka muka baru. Difahamkan ada 5 nama yang telah bersedia untuk menawarkan diri ke jawatan berkenaan. Mereka ialah Salahuddin Ayub, Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato' Nik Amar Nik Abdullah, Mujahid Yusof Rawa dan Dato' Mahfuz Omar.

Kelima lima calon ada kelayakan. Peluang adalah sama rata. Soalnya sekarang apakah nanti Dato Nik Amar , Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Kelantan akan diberi peluang untuk mengisi salah satu kekosongan di jawatan tersebut. Umum melihat, Salahuddin Ayub dan Tuan Ibrahim Tuan Man hampir pasti terpilih. Jika diamati kepada 3 calon lagi yang masih tinggal, Nik Amar memiliki peluang yang amat cerah dan sememangnya patut diberi peluang oleh perwakilan. Anak kepada arwah Pak Nik Lah ini dilihat amat serasi dengan pimpinan Tok Guru Nik Aziz dan tidak menimbulkan banyak kontroversi. Bersikap merendah diri dan beliau dilihat salah seorang pemimpin pelapis yang boleh diharapkan bukan sahaja di Kelantan bahkan juga amat diperlukan di peringkat Pusat bagi meneruskan kesinambungan Kepimpinan Ulamak.

Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kelantan, Dato Ahmad Yakob telah memenangi jawatan Timbalan Ketua Dewan Ulamak tanpa bertanding, manakala Timbalan Pesuruhjaya 2, Dato Husam Musa semalam telah menawarkan diri untuk mencabar jawatan Timbalan Presiden. Terserah kepada perwakilan untuk menentukan Tuah atau Nasib kepada mereka berdua.

Monday, May 25, 2009

TMK dilantik Pemangku Raja

Majlis Perajaan Negeri telah bersetuju melantik Tengku Muhammad Faris Petra, anakanda sulung kepada Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra, Sultan Kelantan menjadi Pemangku Raja Kelantan mengikut Perenggan (b)Fasal (1) Dan (3) Perkara 22A Undang Undang Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) berkuatkuasa 24 Mei 2009 sehingga Tuanku Sultan Kelantan sembuh dari kegeringan.

Kini Baginda menjalani rawatan lanjut di Hospital Mount Elizabeth, Singapura setelah didapati menghadapi masalah jantung. Doa..

Akhil Hayy Bermain Api

Apa dah jadi dengan Ust Rock sorang ni. Semalam isterinya, Maizawati Zainal mula bersuara. Ust Rock dah tak pulang rumah dan jenguk anak anak sejak Febuari lagi. Langsung tak tahu dimana Ust Rock bertapa sekarang. Rumah madu atau di Sarang madu.Tak pernah diberitahu.

Rupanya benar kisah cerita cerita dengan Waheeda Wassini Ustazah Rock ni. Ust Rock dah minta izin buka sarang baru. Isteri benarkan walaupun sesak di dada. Entah sarang dah menjadi rumah belum dapat dipastikan.

Dah hampir 3 bulan tak balik rumah dah kira kes panas berapi. Nak kata keluar dakwah ikut tabligh tak mungkin. "Saya hanya mengetahui perkembangannya melalui media" jelas Maizawati yang memiliki 6 orang zuriat bersama Ust Rock.

Tak boleh salahkan isterinya membuka pekung ini. Dia perlu tahu di mana suaminya. Itu haknya sebagai seorang isteri. Tindakan memfailkan perceraian juga adalah tindakan terakhir yang terbaik untuk suaminya, dirinya dan anak anak.

Tertanya tanya kemana hilangnya ketayap dan kain serban ....

HusamTanding Timbalan Presiden

Jam 12 tengahari tadi Dato Husam telah mengesahkan penerimaan tawaran bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden PAS. Pengesahan tersebut menyaksikan pertandingan tiga penjuru yang melibatkan Ust Nasharuddin Mat Isa selaku penyandang, Sdr Mohamad Sabu dan Dato Husam sendiri. Keputusan yang dibuat oleh Dato Husam di hari terakhir pencalonan ditutup ini menyebabkan timbul pelbagai andaian yang mengatakan beliau akan berkompromi dan menarik diri disaat saat akhir. Menyahut suara ahli di peringkat kawasan untuk memikul tanggungjawab yang lebih besar selaku orang nombor 2 parti bukanlah satu keputusan yang boleh dibuat sambil lewa lebih lebih lagi jika jumlah pencalonan diambil kira. Ramai yang melihat jumlah pencalonan yang tidak mencapai aras yang ditetapkan iaitu 40 pencalonan dari seluruh kawasan oleh beliau sendiri menyebabkan beliau teragak agak untuk membuat keputusan.

Ambo melihat di sini kelebihan Dato Husam. Beliau tidak perlu tergesa tergesa menyatakan kesanggupan. Jumlah pencalonan bukanlah ukuran yang mutlak. Kepintaran menguasai mood perwakilan adalah tindakan yang tepat. Kini terserah kepada perwakilan untuk menentukan posisi no 2. Ketertiban dan kerukunan pertandingan dalam parti Pas haruslah dikekalkan. Ahli melihat dengan penuh minat. Musuh melihat dengan penuh cermat.

Sunday, May 24, 2009

Tok Pa bungkus Dato Wa

Tok Pa nampaknya cuba mengambil langkah berani dalam menyusun semula nakhoda UMNO Kelantan semalam. Saki baki hanyir lendir tinggalan Dato Wa cuba dibersihkan sepenuhnya. Dato Ramzi yang juga anak butir Pak Lah yang sebelum ini menjawat Setiausaha Perhubungan telah diganti tokoh lain iaitu Dato Nor Zahidi ,Ketua UMNO Tumpat yang sebelum ini adalah Bendahari Perhubungan. Manakala jawatan Bendahari diberi kepada Hanafi Mamat, Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas dan Ketua Penerangan diisi oleh Dali Husin, Ketua UMNO Pengkalan Chepa menggantikan orang kanan Dato Wa iaitu Dato Alwi Che Ahmad. Tindakan ini dilihat sebagai usaha bagi memperkuatkan kedudukan Tok Pa supaya tidak diganggu gugat oleh kuasa ghaib di belakang Dato Wa. Pengalaman silam mengajar Dato Pa agar berhati hati dengan Dato Wa. Semasa beliau menjadi Pengerusi Perhubungan sebelum ini, Dato Wa dan kuncu kuncunya telah memberi kata dua samada Tok Pa nak pegang Ketua Penerangan UMNO di Kuala Lumpur atau Pengerusi Perhubungan di Kelantan. Dato Wa telah menggunakan Dato Zaid yang ketika itu Ketua UMNO Kuala Krai sebagai kepala perangnya bagi memeningkan Tok Pa. Tok Pa juga amat terluka, setelah berjaya memberi nafas kepada UMNO Kelantan dalam pilihanraya 2004, Dato Wa sekali lagi menikam ke tusuk jantung nya setelah menggunakan isterinya yang sah iaitu Datin Rosniah (nama ni juga milik anak Sabahan yang pernah kukenang) mempengaruhi Datin Endon agar memujuk Pak Lah menyingkir Tok Pa dan melantik Dato Wa sebagai Pengerusi Perhubungan yang baru. Pak Lah terpedaya dan melantik Dato Wa. Tok Pa menangis tak berlagu waktu itu.

Bayangan Dato Wa perlu dihakis. Biarlah dia dengan tugas barunya di KAFA . Biar dia berterusan dibebani masalah KAFA. Biar dia berhempas pulas di situ. Lagi banyak masalah Dato Wa di KAFA, lagi seronok Tok Pa di kerusi barunya. Mana mana kuncu Dato Wa yang masih hidup elok di kurung di Wisma KAFA di Ketereh. Dato Wa kena beri motivasi kepada kuncu kuncunya. Bukan motivasi politik, tetapi motivasi semangat menyokong pasukan Kelantan. Bila prestasi Kelantan merosot akhir akhir ini, kuncu kuncunya yang berbaju merah yang selalu memenuhi ruang tempat duduk VIP sambil mengunyah buah anggur dan kekacang yang disediakan sudah tiada lagi. Ramai dah mula malas nak ke stadium. Akibatnya Dato Wa makin keseorangan. Adalah dua tiga kerat yang memang dah terpaksa menayang muka demi nak menyelesaikan beberapa hal yang masih tersangkut kat JPP. Dato Wa kena bina kekuatannya semula di sini. KAFA lah talian hayat yang masih ada. Samada boleh hidup semula atau mati terus bergantung kepada Dato Wa di Wisma KAFA.

Tok Pa kena bina imej groupnya sendiri. Dalam UMNO jika tak ada group tak sah. Soalnya apakah pilihan Tok Pa itu tepat? Tidak adakah lagi tokoh lain yang lebih berwibawa dan disegani di mata rakyat? Hari ini sudah ada pelbagai suara sumbang tentang lantikan berkenaaan. Rungutan seperti kaki projek, kaki karaoke, kaki lagak boleh menjejaskan kewibawaan Tok Pa. Kalau pimpinan UMNO sendiri kurang keyakinan, bagaimana Tok Pa nak mengharapkan ahli ahli UMNO atau rakyat Kelantan yakin dengan pilihannya? Walaupun imej Dato Wa sudah dihakis dan dikikis, umumnya ramai yang melihat imej baik Tok Pa tak cukup kuat nak digandingkan dengan imej kaki projek, kaki karaoke dan kaki lagak untuk mengejar imej Tok Guru yang sudah sinonim dengan rakyat Kelantan.

Apatah lagi nak mencetuskan suasana kebangkitan baru melalui PRK Manik Urai. Harapan UMNO Kelantan memang tinggi. Lagi pula mereka pernah memenangi kerusi Dun berkenaan sebelum ini. Akan tetapi, Tok Pa kena terima hakikat, apa pun yang dia buat termasuk menyingkirkan kuncu kuncu Dato Wa terutama menyingkirkan Dato Ramzi selaku Setiausaha Perhubungan, harapannya tak akan kemana. Tanpa mengambil kira faktor politiking dalaman, perebutan calon dan lain lain faktor sampingan harapannya pasti berkubur. Rakyat Kelantan masih muak dan mual dengan pemimpin dan parti UMNO. Pemimpin dan parti UMNO adalah musuh rakyat Kelantan yang dibenci siang dan malam. Rakyat Kelantan masih ingat tentang pengakuan Tok Pa bahawa dialah salah seorang menteri kabinet yang menyekat peruntukan ke negeri Kelantan. Rakyat Kelantan bukan lagi boleh diperbodohkan melalui TV atau akhbar. Apatah lagi golongan muda. Usah diharap menyokong UMNO. Mereka lebih selesa dan senang dengan PAS. UMNO akan dikuburkan di Manik Urai.

Skrip - Najib : Al-Altantuya di Mesir

Hebat sekali Hisham Talaat Moustafa seorang ahli politik berpengaruh di Mesir yang telah menggunakan kedudukan dan kekayaannya untuk membunuh kekasih gelapnya Suzanne Tamim yang telah mencipta nama sebagai penyanyi pop melalui program mirip American Idol di Mesir. Berstatus janda, bermata hijau, bersuara lunak serta lenggok tari telah menjadi kegilaan kepada Hisham. Diberikan kehidupan mewah serta terbang dengan jet persendirian adalah umpan yang paling ampuh. Akan tetapi bila hajat tidak tertunai, Mohsen Al Sukkery telah diupah oleh Hisham untuk menjejaki dan membunuh Suzanne. Akhirnya, Suzanne dibunuh. Mohsen ditangkap dan dibicara. Hisham juga telah ditangkap dan dibicara. Keduanya didapati bersalah. Hisham sekarang sedang berhempas pulas pula menggunakan pengaruhnya agar beliau dibebaskan, walaupun Mohsen telah mendedahkan segala galanya mengenai rancangan pembunuhan dan kisah hubungan gelap mereka berdua. Kisahnya menarik sekali. Persis kisah di negara kita. Skrip hampir sama. Pengaruh hampir sama. Cuma bezanya.......... ha ha hi hi hu hu

Saturday, May 23, 2009

Kematian

Salam takziah buat Saudara Raof, Ketua PAS Cawangan Setapak Jaya yang telah kehilangan iparnya Hamzah Marikan yang telah kembali ke rahmatullah siang tadi. Walaupun arwah adalah Ketua UMNO Cawangan Setapak Jaya, hubungan mereka berdua taklah setegang Nizar dengan Zambri. Arwah yang tinggal selang 3 buah rumah dari rumah ambo merupakan seorang yang rajin dan bekerja kuat bagi pihak penduduk Setapak Jaya tanpa mengira fahaman politik. Khidmat terakhir beliau kepada keluarga ambo ialah menyelesaikan masalah yang ditimbulkan oleh jiran berbangsa India yang baru pulang dari USA. Sekeras keras jiran tadi, akhirnya akur juga kepada nasihat dan penyelesaian berbudi bahasa yang dibuat oleh arwah. Ambo terima berita kematian sewaktu di Rantau Panjang dan tidak pasti samada Saudara Raof pula berada di Setapak Jaya ataupun di Penanti. Sebelum ini Saudara Raof kematian isterinya, kini adiknya pula kematian suami. Giliran kita menanti...

Umno : NAHAS-GEROH-MAUT

Sesuku pertama zaman Najib, pilihanraya kecil bermula dengan Umno NAHAS di Bukit Gantang. Kemudian dengan tiba tiba ianya menerima GEROH ataupun kecelakaan di Penanti. Akhirnya ia bertemu MAUT di Manik Urai. Harinya akan tiba. SPR rakan kongsi yang sewaktu dengannya sedang menghitung hari untuk menentukan tarikh UMNO akan dikuburkan. Mungkin juga sedang menunggu nunggu dihumbang bersama dengan PRK Perak yang kini dinanti nanti saatnya. Cuba tengok esok lusa...

Friday, May 22, 2009

Perihal Dato Husam

Bila agaknya Dato Husam nak nyatakan pendirian berhubung jawatan Timbalan Presiden masih menjadi teka teki. Mohamad Sabu sudah ke depan. Dato Seri Azizan sudah mohon permisi. Dato' Haron Din juga dah say good bye. Tak banyak hari lagi untuk putuskan kata kata. Nape Dato Husam agak terlewat? Ambo melihat tindakan Dato Husam ini agak teliti dan berhati hati. Dia perlu dilihat tidak tergesa gesa atau terbulaih bagi membuat keputusan besar ini. Ada jugak khabar angin Dato Husam bakal mengambil langkah serupa dengan Dato Seri Azizan dan Dato Haron Din. Sebabnya pun pakai agak agak saja. Dato Husam tidak begitu. Ambo kenal dia secara lebih kurang. Ambo cukup yakin Dato Husam sudah bersedia untuk memikul amanah dan pasti akan menerima pencalonan Timbalan Presiden dalam sehari dua ini. Ambo memilih Isnin 25 Mei (last day) hari terbaik untuk dia menyatakan kesanggupan tersebut.

Dengar khabar jugak 29 Mei nanti Dato Husam akan berdepan dengan Dato Zahid secara live. Pasti ramai akan menanti siaran berkenaan. Kena pulak time pertandingan Timbalan Presiden. Ulasan, kupasan dan terjahannya pasti menarik. Apakah Dato Zahid sudah bersedia untuk menghindarkan kegugupannya yang sering terjadi tanpa disedari semasa berpidato atau berhujah? Yang pasti, ambo yakin Dato Zahid bukanlah Si Khairy yang petah, bijak dan menerjah.

Elok juga lepas ni ada debat antara ahli politik dengan blogger. Minta TV sekali lagi beri peluang kat Dato Husam. Geng blogger pulak kita cadangkan MSO. Baru ada ummphh...


Jumaat - 3 Perkara Besar

Sekembali dari Yala, Thailand lepas solat Jumaat ambo terus terkam lap top. Nak tau kes Mahkamah Rayuan. Bukan nak tau keputusan sangat tapi nak tau samada betul atau tidak firasat ambo bahawa Mahkamah Rayuan PASTI akan menghalalkan yang haram atau mengharamkan yang halal. Keputusannya firasat ambo tak lari walau seinci.

Tersilau pula berita kematian Pak Su Weil seawal pagi tadi. Al Fatihah.... & Takziah kepada ahli keluarga. Allah menyayanginya. Tokoh hebat stail kampung yang amat dikagumi. Terkilan tak sempat ke upacara solat jenazah. Khabarnya diimamkan sendiri oleh Tok Guru. Alhamdulillah... InsyaAllah Solat Hadiah akan menyusul malam nanti.

Blog MSO pula agak mengejutkan. HUSAM MENCARI ALASAN TARIK DIRI - SIASAH BIL 150. Aiik.... ??? Ambo tertanya tanya bila pulak HUSAM terima pencalonan? Belum lagi tu.... Ambo difahamkan HUSAM belum lagi menyerah borang pencalonan TERIMA atau TIDAK. Jadi, apa yang SIASAH BIL 150 tulis tu MELANGKAUI KEMUNASABAHANNYA. Pun begitu, bacaan politik MSO jangan dipandang ringan. Renung tulisannya TUHAN PILIH SIAPA?

Thursday, May 21, 2009

Salam Blog

Fenomena blog nampaknya tidak dapat dielakkan dan dipandang sepi oleh sesiapa lagi. Dari hari ke hari kemeriahan blog cukup terasa dan menjadi percakapan umum. Ia juga turut sama menyinggah minda saya untuk sama-sama memeriahkan alam blog. Kemunculan blog sebagai medium perbincangan berbagai isu-isu sesama baik dalam bidang apa sahaja.

Seperti mana juga nawaitu para blogger mewujudkan laman blog sendiri selain untuk atau akan mencatatkan pengalaman dan pengamatan mengenai isu-isu semasa. Blog ini juga tidak akan terkecuali akan mengintai dan juga mendedahkan apa juga hal ehwal kemasyarakatan yang mungkin tersorot atau sengaja disorotkan yang mempunyai motif tertentu.

Blog ini bukan lah sedia untuk menjadi 'penyiasatan' tetapi mungkin sebagai medan pelapor sesuatu yang dikira wajar ditatap oleh umum.

Bertolak dari itu blog ini akan cuba mengangkat segala yang tersembunyi itu untuk dicari penyelesaian, ataupun akan cuba menyapu segala persepsi buruk yang mungkin boleh membawa kemusnahan kepada mana-mana pihak.

Dengan niat dan harapan itu dengan ini saya membuka medan blog ini untuk kunjungan, tatapan dan ulasan para pelayar dari masa ke semasa. Harapan saya juga semoga setiap komen dan teguran yang diinput nanti adalah bertujuan baik dan bukan bersifat fitnah melulu apatah lagi dengan niat buruk dan terlarang adat dan agama.